Thursday, August 6, 2009

Cicak Leh Makan Burung Ke....




Sejak tercetusnya perang, kita pernah ternampak mengenai "BOIKOT BARANGAN USA." Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA jika orang Malaysia memboikot barangan mereka (seperti yang disebut oleh seorang PEMIKIR IKIM dalam Mingguan Malaysia yang menyimpulkan bahawa US takkan terasa kesan hasil pemboikotan barangannya oleh orang Malaysia, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.).Itu tidak penting. Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'

Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Sekain Kamsahamnida :)

No comments:

Post a Comment